SPECIAL PLACE AT KELANTAN
1.Pantai Cahaya Bulan (PCB)
Pantai yang dahulunya dikenali sebagai Pantai Cinta Berahi (PCB) ini
adalah pantai yang paling digemari kerana ia merupakan antara tempat
perkelahan yang paling dekat dengan bandar Kota Bharu, lebih kurang 10km
sahaja.
Pantai ini semestinya paling popular bagi penduduk sekitar Kota Bharu dan antara destinasi pilihan yang paling mudah diakses.
Jika tidak di waktu cuti sekolah, penduduk tempatan seringkali
menjadikan pantai ini sebagai destinasi perkelahan pada hujung minggu.
2.Taman Negeri Gunung Stong
Taman Negeri Gunung Stong (GSSP) ialah sebuah kawasan berhutan,
keseluruhan keluasan ialah 21,950 hektar dengan beberapa puncak gunung
yang terkenal. Kawasan ini sungguh indah dengan air terjun tertinggi di
Malaysia, Air Terjun Jelawang setinggi tiga tingkat.
Lanskap yang berceranggah di GSSP ini menawarkan banyak pengembaraan
yang mengujakan untuk sesiapa yang sukakan alam semula jadi dan aktiviti
luar. GSSP bukan sahaja mempunyai nilai ekopelancongan tetapi ia juga
menjadi kawasan pemuliharaan yang kaya dengan kepelbagaian flora dan
fauna.
3.Rantau Panjang Kelantan
Rantau Panjang, Syurga Beli-Belah di Kelantan
Saat Kementerian Pelancongan rancak dengan kempen melancong di lokasi
tempatan, apa kata kamu memilih Pantai Timur sebagai destinasi percutian
seterusnya. Seorang teman sentiasa mengikut rombongan ibunya menaiki
bas ke Pantai Timur. Katanya bercuti di sana sangat menyeronokkan
terutama bab membeli-belah. Selain itu keunikan negeri Cik Siti Wan
Kembang itu juga sangat menakjubkan. Katanya seperti berada di sebuah
Negara lain.
Pusat tumpuan kala berkunjung ke Kelantan semestinya Rantau Panjang. Tak
sah kalau siapa-siapa tak singgah. Pekan bersempadan Malaysia dan
Thailand itu berada 39 kilometer di barat daya Kota Bharu iaitu
kira-kira 25 kilometer dari Pasir Mas. Sebelah sahaja dengan Sungai
Golok, Thailand. Ia merupakan syurga membeli-belah kerana variasi
barangan terdapat di sini disamping harganya boleh tahan murah.
Pekan Rantau Panjang terletak di utara Kelantan iaitu di bahagian barat
jajahan Pasir Mas. Tiada masalah bagi kamu hendak ke Rantau Panjang dari
Kota Bharu kerana banyak pengangkutan disediakan. Rantau Panjang telah
diisytiharkan sebagai zon bebas cukai pada 2002 dan kerap dikunjungi
pelancong sepanjang tahun. Rantau Panjang juga merupakan pintu masuk ke
selatan Thailand.
Tumpuan utama di sini pastinya untuk membeli keperluan keluaga. Ada
peralatan dapur, kain ela, aneka tudung, pakaian dewasa dan kanak-kanak,
aksesori, tas tangan, kerepek, buah-buahan dan bermacam lagi. Barangan
kering atau basah pendek kata boleh didapati dengan harga berpatutan.
Boleh dikatakan lebih murah didapati daripada harga ditempat lain.
Barangan jualan pula tampak kelainannya kerana kebanyakan produk
dipengaruhi dua budaya dari Kelantan dan Siam.
No comments:
Post a Comment