Sunday, 28 July 2013

SPECIALS FOOD FROM KELANTANESE

MAKANAN TRADISI KELANTAN.



NASI DAGANG KELANTAN..

Nasi Dagang merupakan hidangan istimewa yang terkenal di Kelantan  (1 negeri/provinsi dari 13 negeri-negeri di Malaysia). Kalau menziarahi negeri Kelantan  pasti akan bertemu dengan resepi Nasi Dagang yang di jual di warung-warung dan restoran-restoran. Terutamanya sebagai resepi untuk sarapan. 



Nasi dagang Kelantan pula biasanya bewarna ‎merah kerana menggunakan beras merah dikenali 'beras dagang'.‎

Nasi dagang Kelantan dihidangkan dengan kuah nasi dagang yang di masak dengan ‎menggunakan rempah khas (berlainan dengan rempah kari biasa).

Ikan yang menjadi lauk, biasanya ikan tongkol yang bersaiz besar, di potong. Selain itu acar timun juga disediakan sebagai pelengkap resepi.‎

Nasi dagang dikenali sedemikian kerana mempunyai hanya satu jenis lauk (tanpa acar ‎timunnya). Mudah bagi mereka yang dalam perdagangan tanpa penyediaan lauk-pauk ‎yang banyak.




MARI SEMUA CUBA RASA NASI DAGANG KLATE.......







BUDU KLASIK KELANTAN


Add caption


































KHASIAT BUDU

Peminat budu sekalian....

Misteri yang baru terungkap. Khazanah yang belum dikenali ramai tapi   sudah lama diamalkan di Pantai Timur. Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri Trganu dan Klate ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat dari Jepun, Amerika , Australia , New   Zealand dan  Jerman.

 Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki Gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan  meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai  penyakit merbahaya dan menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu  kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu
yang dianggap makanan "kuno". Budu berpotensi untuk melawan radikal  bebas sehingga dapat menghalang proses penuaan dan mencegah koroner jantung, diabetes, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat anti  bakteria penyebab diare, penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaat kan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diare kronis akibat kurang zat pada tubuh. Ia juga
 mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diare kronis ini serta menyembuhkannya dalam waktu yang singkat.

Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa  yang memakannya, kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron2 yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan kembung perut bagi kanak- kanak dan orang dewasa.

Dua kelompok vitamin yang terdapat pada budu ialah vitamin larut air  (vitamin B Kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A,D, E dan K). Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin) , asid
pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin 12 (sianokobalamin) .





 MARI LAH KITA PAKAT CUBA BUDU...... CUBALAH SEBELUM TERLAMBAT......... 

No comments:

Post a Comment