SPECIAL EVENT AT KELANTAN
1.Pesta Wau Bulan
-Wau terkenal di negeri pantai timur iaitu Kelantan dan Terengganu.
-Wau dimainkan selepas menuai padi dan ketika masa lapang.
-Wau juga dipertandingkan dari segi corak dan mampu naik tinggi.,
-Wau ada banyak jenis seperti wau kucing, merak, bulan, ikan dan lain-lain.
-Wau dihasilkan dengan cara mengadunkan buluh dan kertas warna yang dicorakan
-Kini wau semakin tidak digemari kerana terdapat banyak permainan baharu.
2.Pertandingan Gasing
Permainan gasing di Kelantan umpama irama dan lagu yang tidak dapat
dipisahkan. Gasing menjadi permainan yang cukup popular di Kelantan.
Sebagai permainan rakyat, gasing menjadi wadah perhubungan sosial yang
utuh apabila banyak pertandingan dan persembahan permainan gasing
diadakan di sekitar Kelantan sentiasa mendapat sambutan. Permainan
gasing juga menjadi salah satu daya tarikan pelancong ke Kelantan. Lebih
menarik, permainan tradisional ini turut dikongsi dengan negeri jiran
Kelantan, iaitu Terengganu.
Gasing Uri salah satu gasing yang popular di negeri Terengganu dan
Kelantan. Terdapat banyak jenis gasing yang terdapat di Malaysia
antaranya gasing jantung, gasing piring atau leper, gasing telur, gasing
berembang, gasing Melayu, gasing Cina, gasing buku benang dan gasing
pinang.
Permainan gasing ini memerlukan dua orang pembantu, seorang memegang
cokok dan seorang lagi melempar gasing. Cokok diperbuat daripada kayu
dan berbentuk leper seperti sudip, kira-kira 60 cm panjang.
Penghasilan Gasing
Bagaimana gasing dihasilkan, ia bermula dengan pencarian kayu asas untuk
membuat piring gasing. Biasanya kayu yang dipilih terdiri daripada
jenis bebaru yang boleh diperoleh di kuala sungai dan tidak dimakan
anai-anai, kayu semeru sukar diperoleh tetapi cantik, kayu bunga cempaka
merah dan kemuning.
Kayu gasing terbaik diperbuat daripada kayu bebaru yang mempunyai ira
cantik dan semula jadi. Sebaiknya ambil kayu yang berbonjol di bahagian
batang kayu yang lurus atau pilih bahagian bercabang kerana mempunyai
urat berselirat dan cantik.
Kayu ditakik dan dikikis untuk menghasilkan bentuk asas piring gasing
dengan bahagian tengahnya ditebuk yang kemudiannya dijemur sehingga
kering selama dua bulan. Selepas itu piring tersebut dilarik di atas
peralatan tradisi yang dikenali sebagai ‘berdu’ atau tempat memutar
objek menggunakan mata pelarik.
Apabila keliling gasing telah licin, dimasukkan pula kepala yang
selalunya tukang memilih kayu yang kontras warnanya daripada piring
seperti kayu asam jawa, kemuning, ciku atau tanduk kerbau. Bahagian
bawahnya diketatkan menggunakan skru serta dipasang paksi halus tetapi
tajam dan kukuh daripada besi keluli.
Untuk mencantikkannya dan menyerlahkan penampilan gasing, timah
dididihkan dan dimasukkan ke dalam acuan yang di bahagian tengahnya
telah diisi dengan piring gasing. Selepas setengah jam dan keras, piring
gasing dikeluarkan dan menggunakan peralatan di berdu, bahagian tepinya
dilicinkan sehingga berkilat.
Bahagian di atas kepala dihiasi dengan ukiran perak yang dikenali
sebagai pemekuk kepala manakala aluminium atau tembaga dibentuk dan
diukir untuk dijadikan jambul.
Pemilihan jenis aloi untuk membuat jambul atau batang aluminium yang
panjang sejengkal di bahagian tengah pemekuk itu akan mempengaruhi masa
memutar gasing.
Tembaga biasa digunakan untuk perhiasan kerana lebih berat dan
aluminium sifatnya ringan dan sesuai untuk digunakan dalam pertandingan.